|
|
|
|
|
Pesanan Kepada Pengundi Rakan-rakan, penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi,
Perdana Menteri yang kita kasihi telah menerajui kemimpinan yang berdaya maju untuk menghapuskan rasuah demi untuk Negara Malaysia yang lebih progresif. Semangat saya semakin membara demi untuk menyumbang kepada rakyat di Bintulu. Ini diperkukuhkan lagi dengan pendekatan “Utamakan Rakyat”. Pengundi yang budiman, kesempatan ini juga saya memohon kepada semua pengundi supaya menolak politik wang dan janganlah kita memutuskan perjalanan yang terjamin jelas untuk lima tahun akan datang, semata-mata untuk menerima perolehan yang kecil ditawarkan oleh parti pembangkang atau pun mana-mana pihak yang berniat untuk mengelirukan rakyat dalam pilihanraya P217 Bintulu ini . Rasuah disamakan sebagai kanser yang dahsyat yang mesti diperangi dengan sepenuh hati and jiwa demi keutuhan intergriti, perpaduan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran masyarakat, bangsa dan Negara kita. Saya juga amat berasa amat sedih berkenaan dengan kewujudan taktik “Pasti Menang” yang digunakan oleh pihak yang tertentu untuk mengelirukan pengundi supaya mereka tidak keluar mengundi. Saya ingin menegaskan disini bahawa saya datang dari Rakyat dan tetap kembali untuk rakyat. Dalam politik, tidak ada yang “Pasti Menang”. Oleh sebab itu, saya menyeru kepada pengundi yang budiman supaya keluar mengundi pada 8hb March, 2008 dan sematkan prinsip “Tidak! Tidak! Tidak!” kepada pihak tertentu yang menggunakan taktik tersebut. Amatlah penting bagi kita untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada Barisan Nasional dalam usaha memastikan visi dan misi kita, iaitu “ Selamat, Aman dan Makmur ” dicapai. Jika ingin semua ini menjadi reality ialah beri mandat yang besar kepada Calon Barisan Nasional. Ini adalah cara yang paling betul. Saya mempunyai beberapa rancangan besar untuk Bintulu serta rakyatnya, tetapi penyertaan rakyat merupakan mekanisme penting dalam proses ini. Mandat dari anda untuk meneruskan rancangan ini amat penting. Undi dan kepercayaan anda adalah penting dalam pilihanraya ini. Keselamatan, Keamanan, dan kemakmuran semua rakyat kita dan generasi masa depan serta masyarakat kita secara keseluruhan merupakan perkara yang paling utama dalam agenda Barisan Nasional. Undilah Barisan Nasional, Titian kita ke Masa Hadapan Undilah BARISAN NASIONAL Terima Kasih DATO’
SERI TIONG KING SING
Pirinted
and published by Barisan Nasional Office Bintulu. SH/LOT 3290, Parkcity
Commercial Square, Phase I, Bintulu, Sarawak. 97000.CALON BARISAN NASIONAL P217 BINTULU |
||
![]() |
